Jalan Menuju ke Mukim Labi
Rumah Panjang Mendaram Besar di Bina pada tahun 1970 yangmana ianya di bina oleh ayah kepada ketua rumah panjang sekarang iaitu Awg Jamau ak Kuning yangmana pada waktu beliau juga ketua rumah panjang Mendaram Besar.
Rumah Panjang Mendaram Besar selalu dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar dan dalam negeri. Sebagai inisiatif kerajaan supaya ianya dijadikan tempat pelancongan , tandas awam dibina dan menaikan taraf jalan masuk ke rumah panjang.
Rumah PanjangMendaram besar telahpun menikmati bekalan eletrik dan juga penyambungan ayer bersih yangmana projek ini telahpun dilaksanakan pada awal tahun 90 an.
Pada kunjungan saya yang lepas ke Rumah Panjang Mendaram Besar dengan pegawai dari Jabatan Perdana Menteri kerana membawa sahabat lama kepada VVIP Negara Brunei Darussalam. Mereka amat kagum dengan budaya dan cara hidup masyarakat Iban dan berasa puas hati dengan kunjungan tersebut.
Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Luagan Lalak yang terletak di kawasan Mukim Bukit Sawat.
Kawasan Luagan Lalak ini memerlukan pembaikan dan pemeliharaan
Jambatan Bailey yang terpanjang di Brunei Darussalam yang terletak di Mukim Labi. Sekarang Jambatan ini telahpun di 'Dismantle' erti lain di buka dan disimpan ketempat yang lain kerana kawasan jalan ini telahpun di naikan taraf nya
1 comment:
I would like to contact the families at this house, especially Linda and belven who were good friends of mine when I was a soldier posted to Brunei in 2007 - 2009. Please contact me on chunkybyrne@hotmail.com I used to visit with my wife Lisa and my young daughter Scarlett, many thanks and Hari Gawai Shane.
Post a Comment