Tuesday, April 15, 2008

REPLIKA SUMBANGSIH BERKONSEP KIRI



Kiri adalah sejenis cerek yang merupakan artifak warisan masyarakat Melayu Brunei. Ianya diperbuat daripada tembaga dan mempunyai perbagai lorekan kesenian Brunei seperti motif bunga air mulih, biji timun, belah rotan tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. ‘Kiri’ yang pernah ditemui berusia lebih kurang 275 tahun. Ia digunakan oleh masyarakat Melayu Brunei sebagai bekas menyimpan air untuk hidangan di majlis-majlis keramaian seperti majlis doa arwah, doa selamat, mengambil air wuduk, mencuci kaki pengantin dan kegunaan seharian. ‘Kiri’ ini sekarang ditempatkan di Muzium Brunei.


Replika ini adalah sumbangan ikhlas daripada Syarikat Brunei Shell Sendirian Berhad kepada Daerah Belait sempena Tahun Melawat Brunei 2001

Ianya di serahkan ke pihak kerajaan pada Hari Khamis 27 Rabiulakhir 1422 Hijrah bersamaan 19 Julai 2001 Masehi

Replika Sumbangsih berbentuk “Kiri” berkonsepkan sebagai:-

Lambang sambutan hormat kepada tetamu yang berkunjung ke Daerah Belait, tetamu yang datang akan dihidangkan minuman dan disambut dengan ramah, mesra dan hormat. Sikap pemedulian ini merupakan identiti budaya masyarakat Brunei.

Melambangkan kebudayaan dan kraftangan asli Brunei. Isi didalamnya melambangkan sumber-sumber utama negara yang menjadikan penjana kepada perkembangan dan kemajuan negara bagi kesejahteraan keharmonian dan kemakmuran rakyat dan penduduk negara ini.

Empat biji cawan melambangkan empat buah Daerah yang terdapat di negara ini. Daerah Brunei Muara, Belait, Tutong dan Temburong dengan kebudayaannya tersendiri.

Aliran air yang keluar dari muncung ‘Kiri’ dan jatuh kedalam cawan melambangkan sumber-sumber kekayaan negara yang sentiasa dinikmati disetiap daerah.

Seni bina lanskap melambangkan keprihatinan terhadap pemeliharaan dan kehijauan alam semula jadi yang indah, cantik dan bersih.

Article from Belait District Office PRO Unit.

1 comment:

orahabdella said...

The Wizard of Odds: Vegas Casino's 'Best Thing' To Know
The Wizard 전주 출장샵 of Odds. MGM Resorts is arguably the most recognizable Vegas casino, and, for 안산 출장마사지 those of you who 보령 출장샵 can't wait 남원 출장샵 for 의정부 출장마사지 Las Vegas-style casinos